Assalamualaikum, sejuta kesyukuran buat Allah S.W.T kerana memberi kekuatan dan ketabahan dalam menyiapkan tugasan Teknoliji Maklumat. Sesungguhnya dengan terbinanya blog krt 3013 memperlihatkan kegigihan , gaya kreatif dan inovatif dalam memperkenalkan strategi dan kaedah p&p dengan lebih berkesan , bermakna, dan menyeronokkan. Saya percaya dengan paparan , cara cara bermain alat muzik dapatlan menyemai rasa cintakan irama dan dapat membantu guru guru yang bukan opsyen pendidikan muzik mengetahui dan menghargai muzik dan seterusnya menghargai nilai seni muzik.
Friday, 2 December 2011
Matlamat Bermain Alat Perkusi
Permainan perkusi pastinya menjadi aktiviti yang dinanti-nantikan oleh setiap pelajar. Ia merupakan masa yang membolehkan pelajar meluahkan perasaannya disamping berhibur. Alat muzik perkusi tentunya mudah dimainkan dan semua pelajar dapat mengambil bahagian tanpa kecuali. Di samping itu, permainan alat perkusi juga membantu membina koordinasi gerakan anggota badan murid. Dalam permainan alat perkusi murid berpeluang meneroka kreativiti mereka. Seterusnya permainan alat perkusi secara ensembel memupuk semangat kerjasama dan toleransi, disiplin, dan rasa tanggung jawab. Oleh yang demikian, guru hendaklah memastikan semua murid berpeluang memainkan alat perkusi. Antara matlamatnya ialah :
- Menyemai rasa cintakan irama. (Cultivating a feeling for rhythm)
- Membantu kanak-kanak mengetahui dan menghargai muzik dimana kebanyakkan mereka tidak dapat peluang belajar bermain muzik secara formal. Kanak-kanak dilatih untuk mengenali bunyi dan nilai bunyi pastinya akan sedar betapa kreatifnya pencipta lagu dan seterusnya menghargai nilai seni bunyi.
- Membolehkan kanak-kanak melalui latihan aural dan membaca muzik dapat menghayati dan menghargai hasil karya muzik seterusnya memajukan diri mereka dalam muzik.
Apakah yang boleh dicapai melalui pembelajaran Perkusi?
Pendengaran;
dapat mengenalpasti rangkai lagu, imbangan bunyi, tekanan bunyi, bentuk irama seterusnya menjadi lebih sensitif kepada bunyi dan sentuhan bunyi.
Daya Ingatan;
Kanak-kanak dapat menyerap tema malah keseluruhan lagu melalui latihan muzikal.
Mata;
Mata boleh dilatih untuk membaca dengan lancar malah boleh lebih pantas dari sebutan.
Thursday, 24 November 2011
Teknik Meniup Rekoder
Bagi teknik meniup rekoder, terdapat lima teknik atau aspek yang perlu diamalkan supaya dapat menghasilkan peniupan kualiti ton yang baik.
Lima teknik tersebut ialah:
TEKNIK PERTAMA – POSTUR
Berdiri selesa, regangkan sedikit tangan
Condong 45°
Postur memainkan peranan semasa meniup rekoder. Postur yang baik membantu untuk menghasilkan kualiti ton yang baik. Postur semasa meniup rekoder ialah badan perlu tegak dan berada dalam keadaan selesa. Rekoder dipegang dengan kecondongan 45 darjah dari badan. Ini untuk memudahkan pergerakan tangan semasa penjarian. Setelah itu, tangan diregangkan sedikit agar tidak mengganggu pernafasan. Rekoder dipegang dengan jari tangan kiri di bahagian atas dan jari tangan kanan di bahagian bawah. Cara ini adalah praktikal untuk permainan rekoder. Rekoder diimbangkan dengan diletak pada bibir bawah dan ibu jari tangan kanan. Gunakan ‘music stand’ untuk meletakkan skor muzik dan ini juga dapat mengekalkan postur badan yang tegak.
Embouchure ialah penggunaan otot muka dan pembentukan bibir yang mengikut bentuk pipit (mouthpiece). Masukkan bahagian pemipit di antara bibir. Setelah itu bibir dirapatkan dan jangan gigit rekoder. Bibir juga jangan ditegangkan dan pastikan bibir dalam keadaan selesa.
TEKNIK KETIGA – PENGLIDAHAN
Penglidahan penting untuk penghasilan not rendah dan not tinggi. Pergerakan lidah membantu pengeluaran udara dengan kadar yang sesuai dengan kualiti ton.
Untuk not tengah, bunyikan ‘du’ dengan lidah. Manakala not rendah menggunakan bunyi ‘lu’. Bagi not tinggi, bunyikan ‘tu’ semasa meniup. Bunyi ‘du-ku’ digunakan semasa ‘double tongueing’. Semasa memainkan not kaitan, hanya pada not pertama berlaku penglidahan. Bagi permainan secara ‘staccato’, bunyikan ‘tut’ untuk penghasilan not pendek.
TEKNIK KEEMPAT – PERNAFASAN
Untuk meniup not rendah, tekanan udara dari ruang diafragma dilepaskan perlahan-lahan serta terkawal. Tekanan udara yang lebih serta dilepaskan secara laju dalah untuk meniup not tinggi. Bagi satu frasa, hanya satu pernafasan yang digunakan.
TEKNIK KELIMA – PENJARIAN
Bagi tangan kiri, ibu jari bernombor 0 menutup lubang rekoder di bahagian belakang rekoder. Jari telunjuk bernombor 1 menutup lubang rekoder pertama. Jari hantu bernombor 2 menutup lubang rekoder kedua. Jari manis bernombor 3 menutup lubang rekoder ketiga.
Untuk tangan kanan, jari telunjuk bernombor 4 menutup lubang rekoder keempat. Jari hantu bernombor 5 menutup lubang rekoder kelima. Lubang rekoder keenam ditutup dengan jari manis yang bernombor 6. Lubang rekoder ketuju ditutup dengan jari bernombor tujuh iaitu jari kelingking.
Terdapat dua pembukaan kecil pada lubang rekoder bernombor 6 dan 7. Tujuan lubang kecil ini adalah untukmenghasilkan bunyi syap dan flat.
Alat Muzik
Kayu Tik- Tok ( Double - tone block )
Tik-Tok diberbuat daripada kayu. Ia mempunyai pemegang dan sebatang pengetuk. Tik-Tok menghasilkan bunyi yang tidak lanjut. Bunyi di bahagian kanan tik-tok tidak sama dengan bunyi di bahagian kirinya.
Cara memegang dan memainkan tik-tok:
Pegang tik-tok dengan tangan kiri dan pemegangnya dengan tangan kanan.
Ketuk tik-tok pada bahagian kanan dan kirinya secara bergilir-gilir.
Tamborin merupakan sebuah gelung yang diperbuat daripada kayu atau plastik. Di sekelilingnya terdapat ceper-ceper besi kecil yang menghasilkan bunyi apabila digoncang.
Cara memegang dan memainkan tamborin:
Pegang tamborin dengan tangan kanan dan goyangkan ke kiri dan ke kanan.
Pegang tamborin dengan tangan kiri dan ketuk gelung dengan tangan kanan.
Kerincing diperbuat daripada besi dan berbentuk segitiga. Pemegangnya merupakan seutas tali pendek yang diikat pada bucunya.Kerincing mempunyai sebatang besi pengetuk. Apabila diketuk kerincing menghasilkan bunyi lanjut yang nyaring.
Cara memegang dan memainkan kerincing:
Pegang pada tali kerincing pada sebelah tangan dan pengetuk di sebelah tangan lain. Pastikan tangan yang memegang tali tidak menyentuh kerincing.
Kerincing boleh dimainkan dengan mengetuk pada besi berbentuk segitiga dengan pengetuk besi. Ketukan boleh dibuat di dalam atau di sebelah luarnya.
Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang. Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit kambing.
Pada kebiasaannya, seurat rotan akan diselit dari bahagian belakang antara kulit dan bingkai kayu bertujuan menegangkan permukaan kompang, bertujuan menguatkan bunyi kompang. Kini, gelung plastik turut digunakan.
Alat muzik ini berasal dari dunia Arab dan dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu sama ada ketika zaman Kesultanan Melaka oleh pedagang India Muslim, atau melalui Jawa pada abad ke-13 oleh pedagang Arab.Drum bass merupakan instrumen drum dalam keluarga instrumen musik perkusi dengan diameter berukuran besar untuk menghasilkan suara dalam intonasi nada rendah (bass). Terdapat tiga klasifikasi umum atas drum bass: drum bas konser, 'kick' drum , dan pitched bass drum. Jenis yang umum dilihat atau didengar dalam penampilan orkestra atau concert band adalah drum bass konser.
Subscribe to:
Posts (Atom)